Sunday, May 31, 2009

PENANTI APA YANG DINANTI?

1) Tahniah kepada penyokong PKR kerana masih mengundi dan memenangkan calon dari Parti kegemaran anda. 

2) Walaupun calon yang lama dulu terlibat rasuah dan kak min mendedahkan tape sebenar pelakuan rasuah,tapi anda masih menyayangi mereka dan tetap menyokong mereka, inilah yang dikatakan hasil sikap libral dan pluralisme.
3) Nampaknya RASUAH dan KORUPSI, MASALAH MORAL tidak lagi menjadi ISU kepada anda semua. Sekarang buat apa pun tak apa. 
4) Bukti pengundi sekarang sebenarnya masih terlalu jauh dari matang dan mudah di perdayakan. 
5) Bagi UMNO dan BN, apa yang boleh dipelajari dari Penanti ialah peluang untuk mematangkan Politik dan Pemikiran Politik Rakyat melalui proses pendidikan, Rakyat perlu di ajar apa itu politik sebenar bukan politik membuta tuli.

Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR HARAM DISISI ISLAM

Utusan Online : Orang Islam dilarang sertai mogok lapar - Mufti 

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.

"Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.

"Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

Friday, May 22, 2009

SIAPA KETUA PEMBANGKANG PERAK, NIZAR LAGI KAH?

1) Persoalannya sekarang, Siapa yang akan menjadi ketua pembangkang? Nizar lagi kah?

2) Harapnya Nizar lagi, kerana ia menunjukan ketelusan mereka sebelum ini.
3) atau lihat apa akan terjadi!..  TETAPI pada dasarnya Nizar sudah gagal dan kedurhakaannya pada Sultan tidak mudah di maafkan oleh rakyat Perak, dari segi politik beliau sudah gagal dan harus dipertanggug jawabkan.. beliau bukan satu-satunya yang layak.. haruskah meminta nasihat mufti kali ini untuk menjadi ketua pembagkang???
 

TAHNIAH ATAS KEMENAGAN MAJORITI RAKYAT PERAK

1) ALHAMDULILAH..

2) Dengan kemenagan rayuan DS Dr Zamri di Mahkamah Rayuan setelah diputuskan oleh 3 hakim secara sebulat suara, secara tidak langsung melegakan sebilangan majoriti rakyat negeri Perak. dan orang-orang Melayu  umumnya.

3) INI TELAH MEMBUKTIKAN DULIYANG MAHAMULA TUANKU PADUKA SULTAN PERAK, ADALAH SULTAN YANG ADIL DAN SAKSAMA DALAM PEMERINTAHAN TUANKU, DAN APA YANG TUANKU BUAT ADALAH SELARAS DENGAN UNDANG-UNDANG, DAN BUKTI KEARIFAN DAN KEADILAN TUANKU SEMASA MENJADI KETUA HAKIM NEGARA DAHULU DAN SULTAN YANG KAMI CINTAI SEKARANG.

4) Kekalahan Kerajaan boneka Nizar juga bermakna telah mengurangkan keresahan Rakyat Perak yang selama ini di provokasi dan sentiasa dalam delema, soal siapakah yang benar dan sah.

5) Rakyat Perak boleh menarik nafas lega selepas ini, tidak dipermainkan oleh meraka yang berkepentingan agenda politik sempit.

6) Kemengan petanda kebenaran boleh dicapai melalui proses undang-undang, sebarang permainan politik untuk tujuan itu akan membawa padah,seperti apa yang berlaku keatas kedegilan Nizar tempoh hari.

7) Tetapi, tidak perlu leka, Nizar akan membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Walaupun Nizar sudah tahu apa keputusannya, yang dia akan kalah juga, kerana dia sendiri tahu apa yang sebenarnya berlaku, jangan sampai Paduka Sultan dipangil untuk menjadi saksi.

8) Nasihat kepada Saudara NIZAR.. 
  • usahlah dilanjutkan lagi niat mu itu, kerana ia akan mengundang padah kepada dirimu juga, terimalah takdir ini, ketahuilah diri mu sudah bebas, TOLONG jangan jadi BONEKA lagi, siapa pun yang menghasud, Ngeh, Nga, Anwar tolong jangan dengari mereka.. Ketua MU adalah Tn Hj HADI.. dialah yang patut kamu dengar dan ikuti nasihatnya..
  • Kalau kamu dengar dulu.. nasihat ketuamu.. pasti kamu tidak DIMALUKAN begini oleh ALLAH.. akuilah kesilapan mu itu.. dan betaubatlah.. dan minta maaflah kepada Paduka Sultan dan Seluruh Rakyat Perak.. besar kesilapan mu itu..
  • Pasti kamu tahu yang keputusan ini adalah kemenagan Majoriti Umat Islam dan Melayu Perak, Juga.. tidak betul kah?

Monday, May 18, 2009

BN TIDAK BERTANDING PRK DUN PENATI

1) Tahniah DS Najib atas keberanian dan kebijaksanaan untuk tidak bertanding atas perangkap oleh DS Anwar.
2) Atas nama rakyat sekali lagi DS Anwar memperkuda dan mengheret rakyat kecancah kegilaan politik beliau.
3) Kali ini biar rakyat memalukan beliau dengan Boikot Undi Rakyat dan kalah dengan undi calon bebas. menjadikan DUN Penanti mencatat sejarah paling kurang keluar mengundi di Malaysia.
4) Ini akan amat memalukan beliau dan wakilnya jika menang, dan jawatan Timbalan Menteri itu menjadi dilema dikalangan meraka.
5) Para blogger BPN akan memainkan peranan untuk memboikot PRK DUN PENANTI.

Sunday, May 17, 2009

SELESAIKAN SEGERA KRISIS POLITIK PERAK


Krisis politik yang berlarutan berikutan tiada tolak ansur dari PR, perlu dihentikan dengan segera.
Kenapa?
  • Akan memburukan lagi situasi politik antara BN dan PR.
  • Ketengangan antara penyokong akan memuncak.
  • Perselisihan antara penyokong akan berlaku.
  • Situasi ini akan metusan keteganagan dan pergaduhan antara penyokong dan rakyat Perak
  • Keteganagn ini akan menbawa akibat buruk kepada situasi dan keamanan Negara.
  • Jika ini berlaku keamanan sukar di pulihkan dalam masa yang singkat.
Bagaimana?
  • Cadangan Kerajaan UMNO dan PAS harus dipandang serius untuk kebaikan bersama.
  • Pihak UMNO dan PAS harus bersikap terbuka dalam hal ini
  • Perpaduan UMNO dan PAS melambangkan perpaduan Melayu dan Umat Islam
Ganguan untuk proses ini?
  • Pasti pihak DAP dan PKR tidak akan setuju dengan idea kerajaan campuran ini.
  • Anwar Ibrahim pasti memenentang usaha ini
Kebaikannya?
  • Perpaduan UMNO + PAS akan juga mengembalikan kekuatan MCA, MIC dan Gerakan dalam BN, ini boleh berlaku apabila kaum bukan Melayu ingin suara mereka didengar semula dalam BN melalui MCA, MIC dan Gerakan. 
Alternatif lain?
  • DUN Dibubar semula? ini bukanlah pilihan terbaik.
  • DAP memerlukan ini untuk menambah penguasaan di DUN dengan meletakan calon DAP melayu untuk jawatan MB. buat masa ini momentum sokongan bukan Melayu masih berpihak kepada DAP.
  • PAS dan PKR calon Melayu tidak semestinya boleh menang mudah dikawasan ditandinginya apabila menentang UMNO ini kerana PRK Bukit Gantang telah membuktikan sokongan melayu telah beralih semula ke UMNO.
  • Walau pun begitu ini boleh memberi peluang kepada koponen BN MCA, MIC dan Gerakan bertanding semula untuk memenagi pengundi bukan Melayu.
  • Pilihan Lain
  • PRK 3 DUN Bebas? 
  • PRK DUN PR + 3 DUN Bebas? Terbaik.
  • PR boleh membuktikan yang mereka boleh dapat majoriti yang lebih baik
  • ADUN PR boleh letak jawatan kesemuanya tanda protes..
Persoalan?
  • Kenapa nak bubar jika satu parti ada majority?
  • Kalau 3 DUN kebali semula ke PR, adakah PR akan membatalkan hasratnya?
  • Kenapa PAS beriya-iya sangat nak bubar DUN, sedangkan PAS bukan parti dominan, dan mungkin akan kalah teruk jika pilihan raya semula di adakan.?
  • Adakah ini muslihat DAP untuk meraih sokongan lebih besar pengundi bukan Melayu?
  • Adakah PAS sedar dia sedang dipergunakan oleh DAP?
  • Tidak pasti juga bahawa pilihan raya semula akan memenagkan PR, kalau menang sekalipun, munkin cerita sama akan berulang.
Kemelut dan Keuntungan poilitk kepada sesetengah pihak?
  • Pastinya kemelut yang berpanjangan amat digemari oleh PR untuk kepentingan politik mereka
  • Nizar memerlukan situasi dimana popularitinya akan bertambah
  • Hakikatnya keuntungan lebih besar dikaut oleh DAP dari kalangan bukan melayu
Pelajaran Moral?
  • Kerajann PR lemah dan gagal (kemelut sekarang buktinya)
  • Kerajaan BN terbukti kuat dan boleh membawa kestabilan

TAJUK AKAN DATANG


- Kemuskilan tentang sumber kewangan PKR.. 
- Nizar kerajaan boneka..
- Bahana peguam menjadi ahli politik dan pemimpin..
- Perak : Demokrasi? Majoriti? 
- Perak satu kes yang menarik, Pelajaran..
- Rasuah & korup, perspektif Anwar dan Rakyat..
- Kementerian Penerangan tidak berkesan..
- Anwar bukan politik mastermind lagi, permainan UMNO sudah berubah..
- Perbandingan: Siapa control Nizar.. siapa control Dr Zamri..
- Kenapa PAS beriya mempertanankan kerajaan Bonekanya.. 
- Kegagalan kerajaan PAS boneka perak, siapa yang patut di persalahkan..
- Nizar bertanggung jawab.. patut letak jawatan..
- MCA, MIC dan GERAKAN perlu berfungsi untuk mendapat kembali sokongan masing-masing, jangan hanya harapkan UMNO untuk memulihkan mereka..