Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR HARAM DISISI ISLAM

Utusan Online : Orang Islam dilarang sertai mogok lapar - Mufti 

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.

"Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.

"Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

0 comments:

TAJUK AKAN DATANG


- Kemuskilan tentang sumber kewangan PKR.. 
- Nizar kerajaan boneka..
- Bahana peguam menjadi ahli politik dan pemimpin..
- Perak : Demokrasi? Majoriti? 
- Perak satu kes yang menarik, Pelajaran..
- Rasuah & korup, perspektif Anwar dan Rakyat..
- Kementerian Penerangan tidak berkesan..
- Anwar bukan politik mastermind lagi, permainan UMNO sudah berubah..
- Perbandingan: Siapa control Nizar.. siapa control Dr Zamri..
- Kenapa PAS beriya mempertanankan kerajaan Bonekanya.. 
- Kegagalan kerajaan PAS boneka perak, siapa yang patut di persalahkan..
- Nizar bertanggung jawab.. patut letak jawatan..
- MCA, MIC dan GERAKAN perlu berfungsi untuk mendapat kembali sokongan masing-masing, jangan hanya harapkan UMNO untuk memulihkan mereka..